Keluarga tidak boleh terima perbuatan suspek bunuh Ainaa - Utusan Malaysia

Keluarga tidak boleh terima perbuatan suspek bunuh Ainaa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – “Kami boleh terima kematian Ainaa tetapi tidak boleh terima perbuatan lelaki itu (suspek) sehingga menyebabkan adik pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya” 
Demikian kata Noor Aini Sham, 29, (Gambar kecil) kakak sulung kepada Ainaa Dhabitah, 18, yang mayatnya ditemui di Sungai Sentap, Kampung Kodiang Lama, Mukim Keplu, Kodiang dekat sini Sabtu lalu.

Katanya, dia sekeluarga lega apabila suspek telah ditahan pihak polis dan berharap lelaki itu dikenakan hukuman setimpal dengan apa yang telah dilakukannya terhadap Ainaa.

“Kami sekeluarga tidak pernah mengenali suspek dan hanya mengetahui tentang lelaki itu selepas kejadian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kuala Sungai Baru, Simpang Empat di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menceritakan semula kejadian, katanya, Ainaa memaklumkan kepada seorang adik perempuannya bahawa dia mahu keluar ke rumah sepupu kira-kira pukul 7 malam, Sabtu lalu.

“Aaina kemudian beritahu sepupu bahawa dia mahu keluar bertemu seorang rakan dan 
sepupu menasihatkannya supaya jangan keluar kerana sudah malam tetapi Ainaa jawab mahu keluar sekejap sahaja sebelum terus menunggang motosikal bersendirian,” ujarnya.

Katanya, adiknya bagaimanapun tidak pulang ke rumah dan ahli keluarga ada keluar mencari namun gagal menemuinya sehingga polis datang ke rumah keesokkan hari memaklumkan mayat dan motosikal arwah ditemui di Kodiang.

“Luluh hati kami sekeluarga apabia melihat adik dalam keadaan sudah tidak bernyawa lagi ketika membuat pengecaman di hospital. Kami diberitahu mayat arwah ditemui di dalam sungai,” ceritanya lagi.

Dalam pada itu, katanya, arwah merupakan seorang anak yang baik dan sangat berdikari dengan bekerja di kedai makan untuk membantu keluarga sejak Julai tahun lalu. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini