Bantu tumbesaran kanak-kanak - Utusan Malaysia

Bantu tumbesaran kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJIAN menunjukkan bahawa kanak-kanak berusia bawah lima tahun lazimnya mengalami isu kekurangan nutrisi berbanding dengan isu berat badan berlebihan atau obesiti. Berdasarkan analisis kajian berkenaan, 13.7 peratus mengalami kekurangan berat badan manakala 20.7 peratus mengalami tumbesaran terbantut, 11.5 peratus mengalami susut tubuh badan dan 6.4 peratus mengalami berat badan berlebihan.

Bagi menangani perkara ini, ibu bapa perlu memahami bahawa setiap kanak-kanak melalui peringkat pertumbuhan dan perkembangan yang berbeza. Oleh itu, adalah penting untuk menyediakan mereka dengan amaun nutrisi yang sesuai sepanjang tempoh tersebut.

“Sejak kecil lagi seorang kanak-kanak akan melalui peringkat tumbesaran yang berbeza dan adalah penting untuk memberikan amaun nutrisi yang bersesuaian agar mereka dapat mencapai pertumbuhan dan perkembangan optimum.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila seorang kanak-kanak mengalami isu pertumbuhan, adalah disyorkan agar ibu bapa mendapatkan khidmat rundingan seorang pakar pediatrik atau pakar pemakanan untuk mengetahui nutrien tepat yang diperlukan anak mereka. Tidak terdapat satu penyelesaian yang boleh diguna pakai oleh semua apabila ia melibatkan keperluan nutrisi dan pertumbuhan kanak-kanak,” ujar seorang pakar pemakanan, Dr. Tan Sue Yee.

Menyedari itu, Danone Dumex Malaysia memperkenalkan dua produk baharu dalam rangkaian Dugro® iaitu Dugro® Complete dan Dugro® Sure untuk membantu kanak-kanak negara ini dengan menyediakan nutrisi yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan tumbesaran yang berbeza dalam kalangan mereka. Sementara itu, Pengarah Healthcare Nutrition Danone Dumex Malaysia, Elspeth Hindle, berkata, Danone Dumex komited dalam memberi sokongan terhadap keperluan kesihatan dan pemakanan kanak-kanak di Malaysia.

“Sehu­bungan itu, kami memper­kenalkan Dugro® Complete dan Dugro® Sure iaitu dua formula susu yang berbeza untuk menyokong keperluan pertumbuhan kanak-kanak agar mereka dapat mencapai potensi dengan sepenuhnya.

“Dugro® Complete dirumus khas untuk membantu kanak-kanak yang mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang kurang memuaskan. Dugro® Sure pula merupakan susu formula yang direka untuk menyokong tumbesaran fizikal optimum kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan.

Dugro® Complete mengandungi kalori tinggi untuk memberikan tenaga bagi menyokong tumbesaran kanak-kanak yang mengalami kekurangan berat badan, tumbesaran terbantut dan susut tubuh badan. Antara kandungan nutrien pertumbuhan yang terdapat dalam Dugro® Complete adalah Protein, Kalsium, Vitamin D dan Zink.

Dugro® Sure pula mengandungi nutrien tumbesaran yang tinggi seperti protein, kalsium, vitamin D dan zink. Ia turut mengandungi serat dan DHA** (asid dokosaheksenoik) yang lebih tinggi bagi menyokong tumbesaran fizikal optimum kanak-kanak.

Kedua-dua produk baharu itu tidak mengandungi sukrosa+. Pengurangan pengambilan gula, termasuk sukrosa akan membantu mengurangkan risiko kerosakan gigi.

Kedua-dua Dugro® Complete dan Dugro® Sure boleh didapati di pasar raya terkemuka di seluruh negara. Harga runcit yang disyorkan bagi pek 600 gram Dugro® Complete dan Dugro® Sure masing-masing adalah RM40 dan RM30.66.

Untuk maklumat lanjut mengenai Dugro® Complete dan Dugro® Sure, sila layari laman web https://www.dugrosure.com.my atau laman Facebook rasmi Dugro di https://www.facebook.com/DumexDugro.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini