Tuduhan Azhar biadab, hina rakyat Kelantan - Perkasa - Utusan Malaysia

Tuduhan Azhar biadab, hina rakyat Kelantan – Perkasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mac – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menempelak tindakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Harun kerana mengeluarkan kenyataan mengaitkan rakyat Kelantan yang tinggal di luar Kelantan merupakan ‘kaki’ kelab malam.

Presidennya, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, tindakan itu disifatkan sebagai biadab selain tuduhan dan penghinaan terhadap orang Kelantan.

“Sememangnya sebagai anak jati Kelantan saya mengecam keras atas keceloparan dan kebiadaban kenyataan Azhar terhadap tuduhan yang jelas menghina di negeri ini serta tuduhan secara umun seolah-olah semua rakyat Kelantan yang berada di luar Kelantan adalah ‘kaki’ kelab.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Azhar merupakan orang berpendidikan dan pengamal undang-undang. Jadi, tuduhan kepada rakyat Kelantan ini mencerminkan betapa rendah nilai budi pekertinya dan tidak menggambarkan seorang intelektual yang di selimuti egoisme,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jumaat lalu, Azhar sebagaimana dilaporkan sebuah portal berkata, cadangan pendaftaran pengundi secara automatik pada pilihan raya akan datang sukar dibuat kerana Perlembagaan Persekutuan membenarkan seseorang mengundi di tempat mula-mula dia mendaftar sebagai pengundi walaupun mungkin tinggal di tempat lain.

Kata Azhar, disebabkan perkara itu, seramai 60,000 orang Kelantan balik ke negeri ini untuk mengundi menyokong hudud sedangkan pada masa-masa lain mereka berada di Kuala Lumpur dan pergi ke kelab malam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini