KUALA LUMPUR 27 Mac – Segmen bual santai Jom Chat pukul 9 malam ini menampilkan empat penyanyi muda serentak.
Benladin, Afif Tirmizie dan Ilyas Rashid adalah penyanyi baharu yang baru berkenalan dengan platform Jom Chat yang bersiaran secara live di Facebook Utusan Online selama sembilan tahun.
Manakala Mad Rizal (BBNU) yang pernah tampil sebagai artis undangan segmen berdurasi satu jam, setiap hari Rabu, membuat permintaan untuk digandingkan bersama-sama dengan Ilyas, Benladin dan Afif.
“Jom Chat banyak membantu artis-artis baharu seperti saya atau kata orang zaman sekarang, artis baru nak up.
“Sejak saya muncul dalam Jom Chat pada awal tahun ini, rezeki saya, alhamdulillah. Ada undangan untuk mengadakan persembahan berbayar.
“Justeru saya mahu tampil bersama rakan-rakan artis yang lain, sekali lagi dalam Jom Chat kerana saya teruja untuk berkongsi cerita saya lagi,” katanya.
Ilyas, Benladin dan Afif, masing-masing mempunyai single dan kelompok peminat yang tersendiri.
Untuk mengetahui apakah topik bicara santai Jom Chat yang dikendalikan oleh Apak, jangan lupa menyaksikan segmen hiburan malam ini. – UTUSAN ONLINE











