Kontraktor aniaya pekerja bakal disenarai hitam - Utusan Malaysia

Kontraktor aniaya pekerja bakal disenarai hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 27 Mac – Kementerian Pendidikan mempertimbangkan untuk menyenarai hitam kontraktor yang berlaku tidak adil dan menganiaya golongan pekerja daripada mendapat kontrak berkaitan di bawah kementerian itu, kata Menterinya, Dr. Maszlee Malik.

Beliau berkata, kementeriannya akan meneliti semula dasar, prosedur dan tatacara kontrak bagi memastikan kontraktor sedemikian dikenakan tindakan tegas termasuk disenaraihitamkan daripada sebarang kontrak kementerian.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mengadakan pertemuan dengan Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) hari ini bagi membincangkan isu kontrak pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan sekolah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pertemuan berkenaan, beliau memberi jaminan akan membawa isu tersebut untuk perhatian pihak Kementerian Kewangan bagi mendapatkan peruntukan tambahan.

Beliau berkata, kementerian juga akan membawa cadangan yang dikemukakan JPKK untuk perhatian Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini