Insiden koyak poster: Tunggu keputusan pendakwaan - Utusan Malaysia

Insiden koyak poster: Tunggu keputusan pendakwaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mac – Kertas siasatan berhubung insiden tolak menolak antara mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di perhentian bas di Pantai Baharu, di sini Jumaat lalu telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP), semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya telah melengkapkan siasatan berhubung kejadian tersebut dan menunggu tindakan selanjutnya.

“Kita telah menerima 15 laporan polis berkaitan kejadian itu dan sepanjang proses melengkapkan siasatan, sebanyak 28 individu telah dirakam percakapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak Peguam Negara dan keputusan telah diperoleh. Tindakan selanjutnya akan diambil untuk membuat pertuduhan terhadap mereka yang melakukan kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan dalam kejadian pada pukul 3.45 petang itu, sebanyak tujuh lelaki yang merupakan mahasiswa sebuah IPTA mengadakan protes senyap (silent protest) dengan memegang poster sehingga berlaku provokasi yang mengakibatkan salah faham dan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong Ahli Parlimen Pekan itu.

Pihak polis telah hadir dan berjaya mengawal keadaan serta menyelamatkan mahasiswa dengan membawa mereka keluar dari tempat kekecohan berlaku untuk mengelak daripada berlakunya insiden yang lebih buruk kerana mereka ketika itu dikerumuni oleh penyokong Najib. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini