Abdul Hadi bukan bodek Mahathir - Ahmad - Utusan Malaysia

Abdul Hadi bukan bodek Mahathir – Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob hari ini tampil mempertahankan kenyataan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan seorang ‘bekas diktator’ tetapi hanya seorang yang tegas.

Ahmad berkata, Abdul Hadi hanya menyatakan kebenaran berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh beliau dengan Mahathir sebelum ini.

“Bodek-membodek ni rasa tak berbangkit. Apa yang dibangkitkan Tok Guru (Abdul Hadi) itu satu kebenaran, itu sahaja. Saya rasa tak bodek pun. Kalau bodek pun nak ke mana juga. Kalau yang benar tu, benarlah,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahmad, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Semalam, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan sebagai berkata, tindakan Abdul Hadi membuat kenyataan menyebut Mahathir seorang pemimpin yang tegas dan bukannya seorang diktator, dilihat sebagai cubaan ‘membodek’ perdana menteri.

Abdul Hadi mengulas kenyataan Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dalam laporan sebuah akhbar di Singapura baru-baru ini mengenai kerjasamanya dengan  Mahathir.

Nurul Izzah menganggap sukar baginya bekerjasama dengan ‘bekas diktator’. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini