Russian Knight puji juruterbang TUDM, bersedia bergandingan buat demonstrasi - Utusan Malaysia

Russian Knight puji juruterbang TUDM, bersedia bergandingan buat demonstrasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI 27 Mac – Aksi akrobatik membabitkan pesawat pejuang daripada pelbagai negara sememangnya menjadi antara acara yang ditunggu-tunggu dalam Pameran Udara dan Maritim Langkawi 2019 (LIMA ’19).

Malah, apa yang membanggakan, kemampuan juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut diakui oleh negara luar termasuk Rusia.

Bagi juruterbang akrobatik Russian Knight, Leftenan Kolonel Sergey Shcheglov, setiap persembahan TUDM begitu mengujakan dengan formasi dan aksi akrobatik melibatkan pelbagai jenis pesawat pejuang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malaysia ada kemampuan yang baik lebih-lebih lagi ketika melakukan aksi dengan membabitkan pelbagai jenis pesawat pejuang dalam satu-satu masa.

“Mereka juga berjaya menunjukkan beberapa pergerakan yang dinamik. Jika ada perancangan dan kertas kerja supaya kami dapat bersama-sama melakukan pertunjukan udara, kita bersedia untuk ke arah itu pada masa hadapan,” katanya ketika ditemui pemberita sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA ‘19) di sini, hari ini.

‘Russian Knight’ yang membawa lima pesawat SU-30SM adalah antara pasukan akrobatik yang akan membuat persembahan sempena LIMA ’19 di samping TUDM serta negara lain termasuk India. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini