JKKP Terengganu keluar 90 notis larangan - Utusan Malaysia

JKKP Terengganu keluar 90 notis larangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 27 Mac. – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Terengganu mengeluarkan sebanyak 90 notis larangan kepada kontraktor yang dikesan melakukan pelbagai kesalahan dalam operasi Cegah Jatuh dan Runtuh di keseluruhan 30 tapak pembinaan di seluruh negeri bermula 25 Februari lalu.

Pengarahnya, Mohd. Zahari Hitam berkata, menerusi operasi selama sebulan itu pihaknya turut mengeluarkan 11 notis penambahbaikan dan 62 surat arahan di samping 35 kompaun dengan lima kes mahkamah akan dikenakan terhadap kontraktor berkenaan.

Katanya, operasi pertama daripada keseluruhan tiga operasi yang dirancang tahun ini itu antara lain bertujuan untuk memastikan tahap pematuhan Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dilaksanakan oleh setiap kontraktor dan majikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, kita juga ingin melihat tahap keberkesanan langkah-langkah pencegahan diambil oleh pihak kontraktor dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tapak pembinaan.

“Sepanjang tempoh operasi diadakan kita telah mengadakan lawatan mengejut ke 30 tapak pembinaan di seluruh negeri dengan tumpuan utama terhadap aktiviti kerja di tempat tinggi dan kerja-kerja konkrit,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis penutup operasi Cegah Jatuh dan Runtuh Tapak Bina Bil 1/2019 JKKP Terengganu di Wisma Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Pengarah JKKP negeri, Mohd. Nizam Ali dan Ketua Seksyen Kerja Bina JKKP, Mohd. Zulmahri Muhammad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini