KUALA LUMPUR 27 Mac – Karnival Payday anjuran platform beli-belah dalam talian, 11street dilihat dapat membantu meningkatkan bilangan pengguna aplikasi Presto.
Ketua e-Duit Presto Pay Sdn. Bhd., Jason Tong berkata, proses membeli-belah menjadi lancar apabila membuat pembelian secara terus menggunakan e-dompet PrestoPay yang terdapat pada aplikasi Presto.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Sudah tentu ia akan meningkatkan lagi bilangan pengguna selepas ini,” katanya kepada pemberita dalam majlis Karnival Payday di sini hari ini.
Karnival sehari itu disertai 23 peniaga di platform 11street bagi menawarkan produk secara dalam talian kepada luar talian dan luar talian kepada dalam talian (O2O). – UTUSAN ONLINE











