JAKARTA 27 Mac – Pasangan calon Presiden dan Naib Presiden nombor satu, Joko Widodo atau Jokowi-Ma’ruf Amin melancarkan kempen hologram bagi kawasan-kawasan yang tidak dapat dilawati untuk mendekati pengundi di negara.
Pengarah Pasukan Kempen Nasional (TKN) Jokowi-Ma’ruf, Benny Ramdhani berkata, langkah tersebut sebagai salah satu cara bagi Jokowi-Ma’ruf berkempen ke tempat yang tidak sempat dilawati.
Katanya, beliau yakin kempen hologram mempunyai daya tarikan sendiri malah menarik sokongan pengundi dalam kempen terbuka yang sedang berjalan.
Memuatkan artikel berkaitan…











