PRK Rantau: Pas Negeri Sembilan kerah jentera bantu kempen BN - Utusan Malaysia

PRK Rantau: Pas Negeri Sembilan kerah jentera bantu kempen BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Pas Negeri Sembilan akan membantu memenangkan calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pemangku Pesuruhjaya Pas negeri, Rafiei Mustapha berkata, pihaknya akan mengerahkan seluruh jentera Badan Perhubungan Pas negeri dan Rembau membantu kempen BN sejurus penamaan calon diadakan pada Sabtu ini.

“Kita malah telah buka bilik gerakan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan akan membantu gerak kerja UMNO di kawasan berkenaan bagi menarik pengundi,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Rafiei berkata, PRK DUN Rantau akan memantapkan lagi kerjasama yang sedang terbina antara UMNO dan Pas memandangkan Mohamad ialah Timbalan Presiden UMNO.

Kata beliau, kerjasama antara Pas dan UMNO di negeri ini malah terus positif hasil beberapa pertemuan pemimpin kedua-dua parti sebelum ini. 

“Selepas kerjasama ini berjaya dalam PRK Cameron Highlands dan Semenyih, Rantau 
adalah medan kita yang seterusnya. 

“Kita akan turun membantu memenangkan beliau (Mohamad) supaya kerjasama ini terus terjalin,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini