Rumah kedai hampir musnah terbakar - Utusan Malaysia

Rumah kedai hampir musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mac- Sebuah rumah kedai yang dijadikan bilik sewa hampir musnah dalam kebakaran di Jalan Cerapu 1, Cheras di sini pagi tadi.

KEADAAN premis rumah kedai di Jalan Cerapu 1, Cheras, Kuala Lumpur yang terbakar hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasa pada pukul 9.24 pagi dan dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dan BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, operasi diketuai oleh Timbalan Penguasa Bomba Armdan Mahat dengan kekuatan sebanyak 19 anggota dari dua buah balai berkenaan.

“Ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian, kita mendapati kebakaran berlaku di lima bilik tingkat dua serta tingkat tiga di premis berkenaan.

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 9.55 pagi dan api padam sepenuhnya selepas 20 minit kemudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, tiada kemalangan jiwa atau mangsa dilaporkan dalam kejadian itu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini