Kemenangan buat jurulatih kami - Morata - Utusan Malaysia

Kemenangan buat jurulatih kami – Morata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TA’QALI, Malta 27 Mac – Alvaro Morata mendedikasikan kemenangan 2-0 Sepanyol ke atas Malta hari ini kepada jurulatih, Luis Enrique yang terlepas perlawanan itu kerana berdepan masalah kecemasan keluarga.

Sehari sebelum perlawanan, Enrique memaklumkan tidak dapat hadir dan tempatnya digantikan oleh Robert Moreno.

Morata meledak kedua-dua gol Sepanyol, sekali gus membolehkan pasukan itu mengungguli Kumpulan F, kelayakan Euro 2020 dengan enam mata maksimum.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemenangan sentiasa menjadi matlamat kami dan itu misi kami setiap kali turun ke padang.

“Bagaimanapun hari ini kami mempunyai motivasi tambahan, kami mahu menang untuk jurulatih. Kami mahu bersamanya sehingga ke akhir perjuangan,” kata Morata kepada akhbar AS.

Sepanyol yang mengalahkan Norway 2-1 dalam aksi pembukaan, Sabtu lalu meninggalkan Sweden di tangga kedua dengan kelebihan dua mata.

Selepas mengalahkan Romania 2-1 dalam aksi pertam, Sweden terikat 3-3 dengan Norway di Oslo hari ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini