Inkues Adib: 'Cik Miera' beri keterangan - Utusan Malaysia

Inkues Adib: ‘Cik Miera’ beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Pemilik nama ‘Cik Miera’ yang mencetuskan kontroversi menerusi hantaran komen di Facebook berhubung kecederaan yang menimpa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim memberi keterangan di Mahkamah Koroner di sini hari ini.

Siti Syafikah Amira, 27,  yang bekerja sebagai jururawat di Institut Jantung Negara (IJN) itu akan menjadi saksi ke-25 hari ini.

Jumaat lalu, wanita itu membuat hantaran komen di Facebook sebuah laman berita yang mempertikai kenyataan Pakar Forensik, Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, pakar forensik itu memberitahu, akibat hantaran komen itu, beliau menerima cacian dan masyarakat menganggapnya berbohong berhubung kematian anggota bomba malang itu. 

Prosiding inkues kematian Muhammad Adib hari ini bersambung dihadapan Koroner Rofiah Mohamad dengan dua saksi dipanggil bagi memberi keterangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini