Pencemaran: Mahkamah benarkan jaminan pemandu lori, pengarah syarikat dikurangkan - Utusan Malaysia

Pencemaran: Mahkamah benarkan jaminan pemandu lori, pengarah syarikat dikurangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan jaminan yang dikenakan ke atas pemandu lori dan seorang pengarah syarikat dikurangkan masing-masing kepada RM30,000 dan RM150,000 atas pertuduhan membuang dan bersubahat melupuskan bahan sisa toksik ke dalam Sungai Kim Kim, awal bulan ini.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid turut membenarkan jaminan RM250,000 terhadap seorang lagi pengarah warga Singapura yang sebelum ini tidak diberikan jaminan atas pertuduhan yang sama.

Ahmad Kamal membuat keputusan itu selepas membuat semakan kehakiman keputusan Mahkamah Sesyen pada Ahad lalu ke atas N. Maridass, 35, Yap Yoke Liang, 42, dan warganegara Singapura, Wang Jing Choa, 34.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam keputusan selepas mendengar rayuan kedua-dua belah pihak pendakwaan dan pembelaan, Ahmad Kamal membenarkan wang jaminan terhadap Maridass dikurangkan daripada RM100,000 kepada RM30,000.

“Mahkamah turut mengurangkan jaminan yang dikenakan ke atas Yoke Liang daripada RM250,000 kepada RM150,000 dan lain-lain keputusan iaitu seorang penjamin serta perlu melaporkan diri ke Balai Polis Pasir Gudang setiap 1 haribulan sehingga selesai prosiding dijalankan dikekalkan.

“Manakala bagi Jing Choa yang sebelum ini tidak dibenarkan diikat jamin, mahkamah membuat keputusan memberikan jaminan sebanyak RM250,000 serta dua orang penjamin tempatan selain perlu melaporkan setiap 15 haribulan di balai polis yang sama dan pasport perlu diserahkan kepada mahkamah,” katanya.

Ahmad Kamal dalam alasannya ketika memberikan keputusan itu menganggap Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memberikan keputusan jaminan ke atas kesemua tertuduh.

Dalam hujahnya, beliau turut bersetuju dengan keputusan Mahkamah Sesyen memberikan jaminan yang setimpal terhadap tertuduh dengan mengambil kira kes yang dilakukan mereka adalah serius selain jaminan daripada tertuduh melarikan diri atau tidak hadir ke mahkamah. – K! ONLINE.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini