JEMPOL – Rata-rata penduduk Palong 12 hingga 16 dekat sini bimbang mengenai tahap kesihatan masing-masing selepas tanpa disedari mereka telah menggunakan air tangki mengandungi mayat sejak lapan bulan lalu.
Mereka yang terkejut dengan penemuan mayat lelaki tersebut pada Ahad lalu juga bimbang telah menggunakan air mayat sebagai sumber minuman dan mandian lebih setengah tahun lalu memandangkan kehilangan mangsa dilaporkan kepada polis sejak Julai 2018.
Salah seorang penduduk di Palong 14, Nurulhasikin Amir, 22, berkata, dia berasa bimbang jika kejadian itu boleh menjejaskan kesihatan mereka.
“Saya sangat terkejut dan tidak menyangka selama mana mayat itu ada dalam tangki itu, kami minum dan mandi air mayat. Risau juga jika boleh menjejaskan kesihatan penduduk.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini











