New Zealand benar agensi perisikan ‘mengganggu’ - Utusan Malaysia

New Zealand benar agensi perisikan ‘mengganggu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON 26 Mac – Kerajaan New Zealand hari ini membenarkan agensi-agensi perisikan menjalankan aktiviti ‘mengganggu’ susulan kejadian serangan pengganas kulit putih yang mengorbankan 50 nyawa di Christchurch.

Menteri Perkhidmatan Perisikan, Andrew Little berkata, pihaknya telah menandatangani waran pengawasan bagi membolehkan maklumat berhubung serangan tersebut dapat dikumpulkan.

“Saya telah memberi kuasa kepada agensi-agensi untuk melakukan aktiviti ‘mengganggu’ dengan waran, Berapa jumlahnya, saya tidak dapat dedahkan,” katanya kepada Radio New Zealand di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Little, bahagian perisikan biasanya memantau 30 hingga 40 orang namun jumlah itu telah meningkat.

Tambahnya, waran tersebut membenarkan pengawasan fizikal kepada pemantauan aktiviti telekomunikasi. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini