SISB teroka pasaran sertu Indonesia - Utusan Malaysia

SISB teroka pasaran sertu Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mac – Syarikat pakar perkhidmatan sertu, Sertwo International Sdn. Bhd. (SISB) meneroka pasaran Indonesia melalui rakan kerjasama, PT Bangun Halal Indonesia bagi mengembangkan perniagaannya terutama dalam industri logistik.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Nor Azwa Omar Jamli berkata, kepadatan serta jumlah penduduk beragama Islam yang tinggi di Indonesia merupakan antara faktor negara itu dipilih sebagai pasaran antarabangsa yang pertama.

Menurut beliau, potensi perniagaan sertu dalam pelbagai sektor industri di Indonesia sangat tinggi yang mana keperluan pematuhan halal di sepanjang rantaian nilai perniagaan logistik termasuk gudang penyimpanan, kenderaan peng­angkutan dan kontena perlu bebas daripada pencemaran.
 “Sasaran kami dalam tempoh enam bulan pertama adalah untuk memperkenalkan dan mewujudkan kesedaran kepentingan sertu dalam perniagaan. Kami berperanan sebagai konsultan dan membantu PT Bangun Halal Indonesia bagi mengembangkan pasaran di pelabuhan yang terdapat di Jakarta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sijil pengesahan sertu untuk latihan dan perkhidmatan akan dikeluarkan oleh PT Bangun Halal Indonesia dengan kebenaran dan kelulusan daripada SISB. Selain itu, kerjasama ini juga membolehkan syarikat memberi tumpuan dalam memba­ngunkan kontena halal di sana,” katanya dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara SISB dan PT Bangun Halal Indonesia di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi SISB, Farahida Fauzi; CEO Sertwo Manufacturing Sdn. Bhd., Zaharin Kamar Zakaria dan Pe­nga­rah Urusan PT Bangun Halal Indonesia, Arya Mabruri Nurfata.

Tambah Nor Azwa, produk tanah liat di bawah jenama Sertwo akan mula menembusi pasaran Indonesia untuk semua aktiviti sertu yang bakal dilaksanakan nanti.

Katanya, tiga produk uta­manya iaitu Sertwo Liquid Clay, Sertwo Tayammum Powder dan Sertwo Natural Clay telah mendapat sijil pengesahan saintifik daripada Makmal Perunding dan Pengiktirafan Halal (Halvec) sebuah makmal panel kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini