Kang Daniel ‘hilangkan’ diri - Utusan Malaysia

Kang Daniel ‘hilangkan’ diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Belum pun reda isu dia mahu menamatkan kontrak eksklusifnya bersama agensinya iaitu LM Entertainment, bintang idola kegilaan ramai, Kang Daniel mengejutkan warganet ekoran dia dikatakan telah memutuskan hubungan dengan semua bekas anggota kumpulan Wanna One.

Perkara tersebut berlaku selepas dia keluar dari kumpulan chat aplikasi KakaoTalk sejak beberapa hari lalu. Malah dia telah menukar nombor telefonnya.

“Kang Daniel telah memutuskan hubungan bukan hanya dengan ahli Wanna One, tetapi juga dengan rakan selebriti lain. Dia menukar nombor telefonnya kerana konflik yang tercetus antara dia dengan agensinya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia tak memberitahu sesiapa pun nombor telefonnya yang baharu, jadi secara automatik hubungannya dengan Wanna One dan rakan lain juga terputus,” beritahu satu sumber seperti yang dilaporkan beberapa media di Korea.

Tambah sumber itu lagi, Kang Daniel bertindak sedemikian kerana tidak mahu isu yang berlaku disalah tafsir oleh umum. Jadi dia mengambil keputusan berhenti bercakap dengan semua pihak.

“Dia juga cuba untuk mengurangkan berita-berita yang tidak betul sehingga masalah yang tercetus selesai,” kata sumber tersebut.

Terdahulu, timbul perselisihan faham antara Kang Daniel dan agensinya itu berhubung permintaan penyanyi berkenaan untuk mengubah beberapa perjanjian di dalam kontraknya. Disebabkan isu tersebut, sehingga kini pemuda berusia 22 tahun ini belum lagi memulakan kerjaya solo.

Bagaimanapun, bintang berasal dari daerah Yeongdo, Busan ini terlebih dahulu meraih populariti selepas berjaya menduduki tempat pertama menerusi pertandingan Produce 101 musim kedua pada 2017.

Sekali gus dia berjaya menyertai 10 lagi ahli sebagai kumpulan Wanna One.

Menerusi lagu hit seperti Pick Me, Beautiful, Energetic dan Boomerang kumpulan tersebut mencipta fenomena luar biasa sekali gus menjadi kegilaan bukan saja peminat di Korea, malah serata Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Namun selepas 18 bulan, semua anggota Wanna One akur apabila kontrak mereka tamat dan secara rasmi dibubarkan pada 31 Disember tahun lalu.

Semua bekas anggota kini kembali kepada agensi masing-masing .

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini