Muhammad Hafiz disahkan pelajar tajaan JPA - Utusan Malaysia

Muhammad Hafiz disahkan pelajar tajaan JPA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengesahkan bahawa pelajar Malaysia yang ditemukan meninggal dunia di sebuah tasik di Hyde Park, London, Muhammad Hafiz Zainal, 23, merupakan pelajar di bawah tajaan JPA dalam bidang Kimia di Imperial College London (ILC).

Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata, Pejabat Penasihat Latihan (PPL) JPA di London dengan kerjasama pihak Konsular Suruhanjaya Tinggi Malaysia London akan membantu dari segi urusan keluarga dan pengurusan jenazah pelajar tesebut.

“JPA telah menghubungi dan menziarahi keluarga pelajar serta menguruskan urusan pemergian keluarga pelajar ke London yang dijangka akan berlepas pada esok hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak JPA juga ingin memohon semua rakyat Malaysia agar mendoakan arwah dan keluarganya diberikan kesejahteraan dan ketenangan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, laporan berita dailymail.com.uk menyebut mayat seorang lelaki ditemui dalam tasik di Hyde Park dan polis menyifatkan kes itu sebagai kematian yang tidak dapat dijelaskan puncanya.

Allahyarham merupakan anak Pengarang Bersekutu Malay Mail, Zainal Epi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini