KUALA LUMPUR 26 Mac – Pengunjung Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya Ke-10 berpeluang menikmati pelbagai jenis makanan yang dijual di tapak acara Precint 2, Putrajaya.
Penganjur Love Food Festival Facebook memaklumkan, dianggarkan 100 peniaga gerai makanan terlibat sepanjang acara empat hari yang akan bermula Khamis ini.
Pelbagai acara menarik menanti pengunjung pada acara penerbangan belon udara yang disertai penggiat dari seluruh dunia itu termasuk peluang terbang sambil menyaksikan pemandangan Putrajaya dari udara. -UTUSAN ONLINE.
Memuatkan artikel berkaitan…











