BHN: RM80 juta untuk 159,368 veteran ATM - Utusan Malaysia

BHN: RM80 juta untuk 159,368 veteran ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI 26 Mac – Kerajaan bersetuju meluluskan inisiatif Bantuan Harapan Negara (BHN) 2019 dengan peruntukan kira-kira RM80 juta sebagai penghargaan kepada golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, bantuan tersebut akan diberikan kepada seramai 159,368 veteran ATM yang berpencen dan tidak berpencen.

Katanya, setiap penerima BHN 2019 itu akan menerima RM500 secara ‘one off’

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bantuan ini dibuat dan diuruskan melalui Jabatan Hal Ehwal (JHEV) ATM. Kelayakan dan segala proses juga akan dibuat oleh agensi tersebut.

“Semua permohonan akan dibuka bermula 14 April dan bayaran akan dibuat pada 27 Mei nanti,” katanya ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan dalam Pameran Udara dan Maritim Langkawi 2019 (LIMA’19) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini