No komen - Nurul Izzah - Utusan Malaysia

No komen – Nurul Izzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mac – Nurul Izzah Anwar enggan bertemu dengan para media di Parlimen, walaupun mengetahui dirinya menjadi tumpuan berikutan pelbagai kenyataan berhubung situasi politik negara.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terus berlalu pergi meninggalkan menara 17 tingkat Parlimen, selepas dikejar para media sehingga ke tempat letak kereta.

Terdahulu, beliau baharu selesai menanyakan soalan pertama mengenai data dan statistik pesakit obesiti dan diabetis serta jangkaan kesan cukai terhadap minuman manis kepada sektor ekonomi dan kesihatan negara dalam sesi soal lisan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Memuatkan artikel berkaitan…

“No komen (Tiada komen),” katanya selepas diminta mengulas lanjut mengenai isu-isu berbangkit yang berkaitan dengannya, hari ini.

Antara persoalan yang perlu diulas lanjut oleh anak sulung Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu adalah keputusannya meletakkan jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC), Sabtu lalu.

Sehari sebelum itu, Nurul Izzah yang dikenali sebagai Puteri Reformasi itu meluahkan rasa kecewanya dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang gagal menunaikan janji menggerakkan agenda reformasi sebagaimana sepatutnya kepada akhbar Singapura, The Straits Times.

Beliau turut meluahkan isi hati bahawa beliau sukar bekerja dengan Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini