Bekas pengarah AIAC mengaku tidak salah pecah amanah dana lebih RM1 juta - Utusan Malaysia

Bekas pengarah AIAC mengaku tidak salah pecah amanah dana lebih RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Datuk Profesor Dr. N.Sundra Rajoo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas tiga pertuduhan pecah amanah dana AIAC lebih RM1 juta tiga tahun lalu.

Sundra, 63, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi. 

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga,  tertuduh didakwa sebagai Pengarah AIAC yang telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas dana AIAC telah melakukan pecah amanah berkaitan harta tersebut berjumlah RM1,011,367.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat AIAC, Bangunan Sulaiman, Jalan Sultan Hishamuddin di sini antara 8 Disember 2016 hingga 17 Ogos 2018. 

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini