NEW DELHI 26 Mac – Seramai 75 wanita daripada kumpulan sukarelawan membuat rondaan setiap hari sejak 20 tahun lalu pada hutan seluas 75 hektar melindunginya daripada pembalak haram dan penebang kayu di Odisha, hari ini.
Oddity Central melaporkan, salah seorang sukarelawan pelindung hutan, Charulata Biswal berkata, semua rakyat India dan masyarakat dunia tahu mengenai siklon kuat yang memusnahkan kediaman malah tanaman di sini menyebabkan tiada makanan beberapa hari pada 1999.
“Justeru kami sedar bahawa disebabkan hidupnya hutan (termasuk spesies bakau), masyarakat di sini masih hidup.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kami berikrar bahawa untuk melindungi hutan ini sebagai balasan dan mengembalikan biodiversiti,” katanya kepada Mongabay-India.











