BN tak mahu jual Malaysia Building, hanya bangunkan
 - Utusan Malaysia

BN tak mahu jual Malaysia Building, hanya bangunkan


Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mac – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbirannya sebelum ini tidak pernah mahu menjual aset negara di Hong Kong, tidak seperti yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurut Najib, pentadbirannya sebelum ini hanya membangunkan bangunan pejabat setinggi 28 tingkat di kawasan Wan Chai, Hong Kong itu.

Katanya, pada asasnya beliau tidak menyokong penjualan aset berkenaan kerana perkara itu akan memberi kesan kepada kebolehan menjana nilai dan pendapatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada prinsipnya, bila kita ada aset kita tak jual. Kita simpan sebab aset kita boleh meningkat dari segi nilai dan boleh menjana keuntungan jangka panjang. Jadi, dari segi dasar saya kurang setuju aset dijual,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Februari lalu, akhbar The Star yang memetik laporan Ming Pao mendedahkan Kumpulan Evergrande China dalam perbincangan untuk membeli bangunan milik kerajaan Malaysia di Hong Kong.

Kerajaan merancang untuk menjual bangunan 28 tingkat itu pada harga HK$3.1 bilion atau kira-kira RM1.61 bilion. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini