MIAMI 25 Mac- Novak Djokovic berjaya menundukkan Federico Delbonis 7-5, 4-6, 6-1 dalam pusingan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Miami, awal pagi tadi untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya.
Dalam misi memburu kejuaraan ketujuh di Miami, pilihan utama, Djokovic, terselamat daripada dikejutkan Delbonis ekoran aksinya yang tidak menentu.
Djokovic melepaskan pendahuluan dalam set pertama dan kedua, namun pemain nombor satu dunia itu tidak melakukan kesilapan dalam set ketiga untuk menamatkan pertarungan dengan 12 servis kemenangan, termasuk 19 kesilapan sendiri.
Juara 15 kali Grand Slam Djokovic perlu memperbaiki corak permainannya jika mahu melangkah ke pentas final, Ahad ini dengan dia dijadualkan Roberto Bautista Agut dalam aksi pusingan keempat.
Pemain Sepanyol itu mara selepas menundukkan Fabio Fognini dari Itali 6-4, 6-4.
“Federico bermain dengan baik dan ia cukup sengit ketika permulaan set ketiga. Ia perlawanan yang mencabar dan saya berpuas hati berjaya mengawal tekanan,” kata Djokovic. – AFP











