[VIDEO] Polis pantau fahaman berkaitan Neo Nazi - Utusan Malaysia

[VIDEO] Polis pantau fahaman berkaitan Neo Nazi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mac- Polis Diraja Malaysia tidak menerima sebarang laporan terhadap fahaman atau kumpulan Neo Nazi setakat ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, bagaimanapun, pihaknya menyedari isu tersebut tular dalam laman sosial.

“Pemantauan akan kita lakukan dari semasa ke semasa berhubung fahaman atau kumpulan Neo Nazi di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas sambutan Hari Peringatan Polis Ke-212 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

 

Video oleh Nuraina Hanis Abd. Halim

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×