Permaisuri Agong dimasyhur Canselor UCYP - Utusan Malaysia

Permaisuri Agong dimasyhur Canselor UCYP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 25 Mac – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dimasyhurkan sebagai Canselor Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) hari ini.

Istiadat pemasyhuran itu berlangsung pada majlis Konvokesyen UCYP 2019 di Dewan Bukit Gambang Resort City (BGRC) di sini.

Watikah pemasyhuran dipersembahkan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur.

Memuatkan artikel berkaitan…

Noorul Ainur ketika membaca watikah itu memaklumkan bahawa lembaga pengelola UCYP memasyurkan Tunku Azizah Aminah Maimunah sebagai Canselor berlandaskan Bahagian Empat, Perkara 26 Perlembagaan Kolej Yayasan Pahang.

Pada majlis konvokesyen berkenaan, Raja Permaisuri Agong turut dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat (Seni Kreatif).

Penganugerahan ijazah kehormat itu disampaikan oleh Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Datuk Dr. Ahmad Zainuddin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini