Pemain tidak layak sarung jersi Argentina - Utusan Malaysia

Pemain tidak layak sarung jersi Argentina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 25 Mac – Diego Maradona melabelkan Presiden Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA), Claudio Tapia sebagai tidak cekap selain percaya pasukan yang tewas kepada Vanezuela sebenarnya tidak layak untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan.

Menjelang aksi itu, Lionel Messi menjadi tumpuan ramai apabila kembali bersama skuad kebangsaan selepas aksi Piala Dunia untuk pertemuan di Wanda Metropolitano.

Bagaimanapun, Argentina menjadi mangsa belasahan selepas tewas 1-3 kepada skuad kendalian Rafael Dudamel walaupun Messi beraksi penuh dalam perlawanan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ikon Argentina, Maradona memberi kritikan kepada semua pemain tetapi sasaran utamanya adalah kepada pengurusan tertinggi.

“Saya adalah warga Argentina dan saya rasakan saya adalah daripada kumpulan jurulatih dan pemain berbeza.

“Saya tahu apa yang (Oscar) Ruggeri, (Gabriel) Batistuta, (Claudio) Caniggia fikirkan…pasukan ini tidak layak menyarung jersi kebangsaan.

“Pengurusan tertinggi AFA merasakan mereka boleh tewaskan Venezuela? Venezuela adalah pasukan yang diruskan dengan baik dan Argentina adalah pasukan picisan yang diuruskan mereka yang sentiasa menipu orang ramai.

“Saya minta maaf tetapi Argentina tidak akan menang mana-mana perlawanan. Saya tidak tahu apa yang Tapia akan buat, jika dia mahu jadi guru matematik atau apa sahaja tetapi dia tidak tahu apa yang dia lakukan sekarang ini.

“Saya bersimpati kepada rakyat Argentina yang memilih untuk memberi kepercayaan kepada penipu seperti ini.

“Messi boleh abaikan kritikan ini. Bukan salah dia kerana beraksi bersama pasukan yang tidak teratur dan pasukan yang sentiasa bergantung harap kepada kebolehannya sahaja,” kata Maradona.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini