Boeing kongsi maklumat 737 MAX - Utusan Malaysia

Boeing kongsi maklumat 737 MAX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 25 Mac – Boeing Co. memaklumkan telah mengundang juruterbang syarikat penerbangan, ketua-ketua teknikal dan pengawal selia untuk sesi maklumat di Renton dekat sini pada Rabu ini.

PETUGAS Boeing memeriksa gear pendaratan pesawat 737 MAX 8 di kilang Boeing di Renton, Washington. – AFP

Reuters melaporkan, sesi tersebut sebagai sebahagian daripada usaha untuk berkongsi maklumat tentang rancangan menyokong kembalinya pesawat 737 MAX ke dalam perkhidmatan komersial.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami terus bekerjasama rapat dengan pelanggan dan pengawal selia mengenai pembaharuan perisian dan latihan untuk 737 MAX,” jelas Boeing.

Boeing berdepan dua tragedi melibatkan pesawat 737 MAX 8 dengan terbaharu insiden Ethiopian Airlines dekat Addis Ababa pada 10 Mac lalu.

Pada Oktober tahun lepas, pesawat jenis sama milik Lion Air terhempas di perairan dekat Jakarta, Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini