BAMAKO 25 Mac – Kerajaan Mali semalam mengumumkan pemecatan beberapa pegawai kanan ketenteraan dan pembubaran kumpulan militia.
Keputusan itu dibuat susulan insiden pembunuhan beramai-ramai penduduk di perkampungan Fulani melibatkan lebih 130 orang termasuk wanita dan kanak-kanak.
Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Mali, Soumeylou Boubeye Maiga
Memuatkan artikel berkaitan…
Kumpulan pemburu yang juga merupakan militia dari etnik Dogon didakwa bertanggungjawab melakukan pembunuhan di perkampungan tersebut. – AFP











