IPOH – Seorang peserta lelaki Gopeng Ultra Trail dilaporkan hilang ketika menyertai larian berkenaan di kawasan Gua Tempurung di Gopeng dekat sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, peserta yang hilang itu dikenali sebagai Mohammad Ashraf Hassan, 29, (gambar kecil) yang beralamat terakhir di Muar, Johor.
Katanya, berdasarkan maklumat awal, mangsa bersama 485 peserta lelaki dan perempuan yang lain memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25 kilometer (km) pagi kelmarin dan sepatutnya berakhir pada hari yang sama.
“Kejadian disedari selepas kawan mangsa iaitu Mohd. Farid Md. Kamal, 32, mendapati Mohammad Ashraf masih tidak sampai ke garisan penamat selepas selesai perlumbaan pada pukul 2 petang.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO!











