Penuntut UTeM maut kereta bertembung lori sawit - Utusan Malaysia

Penuntut UTeM maut kereta bertembung lori sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH – Seorang penuntut Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah lori membawa muatan sawit di Jalan Parit Melana di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa, Muhamad Shakirin Muhamad Subri, 20, dari Sungai Petani, Kedah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di pelbagai anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Viva dalam perjalanan dari Alor Gajah ke Durian Tunggal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 42 tahun.

“Akibat rempuhan itu, pemuda tersebut telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini