Korea bangkit ikat India - Utusan Malaysia

Korea bangkit ikat India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 24 Mac – Korea Selatan bangkit dari ketinggalan untuk mengikat India 
1-1 dalam perlawanan hoki Piala Sultan Azlan Shah yang dihentikan lebih 
sejam akibat hujan lebat.

Dalam perlawanan di Stadium Azlan Shah di sini, India mendahului menerusi jaringan pukulan sudut penalti Mandeepn Singh pada minit ke-28.

Perlawanan kemudiannya terpaksa dihentikan mulai minit ke-52 akibat hujan lebat dan perlawanan hanya diteruskan lebih sejam kemudian setelah hujan berhenti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bersambung perlawanan, Jang Jonghyun berjaya memberikan Korea jaringan penyamaan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-60. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini