Dua pengedar syabu ditahan, sindiket rangkaian Malaysia-Indonesia - Utusan Malaysia

Dua pengedar syabu ditahan, sindiket rangkaian Malaysia-Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 24 Mac – Dua pengedar dadah ditahan bersama 20 kilogram (kg) syabu semalam merupakan sindiket rangkaian Malaysia-Indonesia di Depok, Jawa Barat.

Okezone melaporkan, Timbalan Pembanterasan Badan Narkotik Nasional (BNN), Irjen Arman Depari dalam kenyataan berkata, pasukannya melakukan penangkapan tersebut terhadap dua suspek, Zaky dan Yusuf dipercayai terlibat rangkaian pengedar dadah Malaysia, Aceh, Medan, Jakarta dan Depok.

“Berdasarkan keterangan suspek, syabu itu diseludup terus dari Malaysia ke Indonesia melalui laut ke Aceh menuju ke Medan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemudian, ia dibawa ke Jakarta menggunakan bas awam sebelum disimpan di Depok untuk diedarkan,” katanya.

Terdahulu, suspek Zaky ditahan di Jalan Baru Plenongan, Pancoran Mas, Depok bersama 10 kg syabu dan membawa kepada tangkapan suspek kedua, Yusuf dengan 10 kg syabu yang berperanan sebagai perancang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini