KUALA LUMPUR 24 Mac – Jabatan Muzium Malaysia (JMM) mengajak orang ramai untuk menyertai program Bicara @ Muzium yang akan diadakan di Muzium Tekstil Negara, di sini pada Selasa ini.
JMM dalam kenyataan berkata, program bual bicara bertajuk Memartabatkan Seni Kain Pelangi Warisan Tempatan itu akan disampaikan oleh pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Dr. Mohd. Azhar Samin.
“Program ini akan bermula dari pukul 9.30 pagi hingga 11 pagi. Penyertaan terhad dan masuk adalah percuma,” demikian menurut kenyataan itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











