Guru sementara ditembak meriam air di Maghribi - Utusan Malaysia

Guru sementara ditembak meriam air di Maghribi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RABAT 24 Mac – Polis antirusuhan bersama baton menembak meriam air untuk meleraikan demonstrasi guru-guru di sini, malam tadi.

Beberapa ribu guru muda meminta kontrak kerja tetap berarak secara aman di jalanan sentral Rabat sambil melaungkan slogan seperti kebebasan, bermaruah dan keadilan sosial.

Mereka juga memegang lilin dan menggunakan telefon bimbit sebagai lampu suluh sebelum berkumpul di hadapan Parlimen.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, polis bertindak bagi meleraikan kumpulan demonstrasi itu yang enggan bersurai setelah berunding selama dua jam.

Guru-guru itu yang ditawarkan kontrak sementara telah melakukan protes sejak 3 Mac lalu.

Mereka mendapat gaji sama seperti guru tetap iaitu AS$520 (RM2,113) namun mengadu tidak mendapat hak sama terutama soal persaraan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini