KUALA LUMPUR 24 Mac – Pemain golf dari Australia, Scott Hend dinobat sebagai juara Kejohanan Maybank 2019 di Kelab Golf Saujana & Country selepas memenangi aksi play-off sebentar tadi.
Aksi play-off terpaksa belangsung selepas Hend dan Nacho Elvira dari Sepanyol terikat dengan catatan 15 di bawah par selepas aksi 18 lubang hari ini.
Dalam aksi play-off tersebut Hend menang selepas membenam birdie manakala Elvira sekadar melakukan par. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











