Polis Johor rampas dua pucuk pistol, dadah RM2.42 juta - Utusan Malaysia

Polis Johor rampas dua pucuk pistol, dadah RM2.42 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah apabila menahan 12 individu dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM2.42 juta beberapa siri serbuan berasingan di kawasan pembangunan Wilayah Iskandar pada Rabu lalu.

Polis Johor rampas dua pucDalam serbuan pada pukul 8.30 pagi itu, polis turut menemui dua dua pucuk pistol jenis Glock dan Revolver .38 serta 26 butir peluru jenama Luger 9MM dan dua kelopak peluru.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, dalam serbuan pertama, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki Indonesia menaiki kereta jenis BMW 528i berada dalam keadaan mencurigakan ditahan di Larkin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, polis menemui dan merampas antaranya sepucuk pistol jenama Glock, 26 butir peluru jenama Luger 9MM, dua kelopak peluru, wang tunai RM18,700, kunci kereta dan kereta jenis BMW528i.

“Kedua-dua lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut dan ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati lelaki itu didapati positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis (IPK) Johor di sini hari ini.

Mohd. Khalil berkata, susulan itu, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) melakukan beberapa siri serbuan dan tangkapan di beberapa lokasi di Iskandar Malaysia dan menahan seramai 10 lagi individu.

Katanya, dalam serbuan tersebut, polis merampas satu peket plastik lutsinar berisi dadah jenis syabu seberat 5.82 gram (g), satu peket lutsinar berisini tumbuhan kering disyaki ganja seberat 1.59g.

“Selain itu, kita merampas 46 ketulan dadah dipercayai jenis syabu seberat 46 kilogram (kg), 25 kotak rokok putih jenama Double Happines, kereta jenis Toyota Vios, Nissan Sentra, Perodua Myvi, sepucuk Revolver .38, 123 butir peluru .38, 35 butir peluru 9MM, 112 biji pil kuda, motosikal jenama Yamaha dan jenis Modenas,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini