Pertimbang calon sesuai untuk Pengerusi PAC-Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Pertimbang calon sesuai untuk Pengerusi PAC-Dr. Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT 24 Mac – Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini sedang mempertimbangkan untuk mencari calon yang sesuai bagi memegang jawatan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Bagaimanapun, jelas Perdana Menteri, setakat ini Datuk Seri Ronald Kiandee kekal sebagai Pengerusi PAC.

“Ini bukan berkaitan perundangan tetapi janji PH. Kita boleh buat bila-bila masa (ganti Pengerusi PAC).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bukan satu keperluan (ganti Ronald) bila berlakunya sesuatu pertukaran (parti pembangkang kepada kerajaan),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan sebagai anggota PAC susulan isu kepemimpinan jawatankuasa itu.

Nurul Izzah dilaporkan telah meletakkan jawatan sebagai seorang daripada ahli PAC disebabkan tidak berpuas hati dengan pemilihan kepemimpinan PAC.

Isu mengenai jawatan PAC timbul apabila Ronald menjadi salah seorang daripada wakil rakyat Sabah yang meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dipimpin Dr. Mahathir.

PH sebelum ini berjanji supaya Pengerusi PAC akan dipilih dalam kalangan pemimpin parti pembangkang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini