Empangan Air Hitam hanya mampu bertahan 48 hari lagi - Utusan Malaysia

Empangan Air Hitam hanya mampu bertahan 48 hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 24 Mac – Jumlah kapasiti simpanan air di Empangan Air Itam di sini hanya mencukupi untuk memenuhi keperluan di bandar Air Itam, Paya Terubong dan kawasan sekitarnya selama 48 hari sahaja lagi.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, jika jumlah hujan tidak mencukupi, Empangan Air Hitam mungkin akan kehabisan air menjelang akhir bulan Mei 2019.

“Berikutan senario ini kerajaan negeri dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) ingin merayu kepada penduduk di Air Itam dan Paya Terubong untuk menjimatkan dan mengurangkan penggunaan air harian mereka dengan segera.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami menggesa rakyat untuk membantu kami mengurangkan purata pelepasan air harian dari Empangan Air Itam,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini