KUANTAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menyelamatkan seorang pendaki yang mengalami kecederaan kaki ketika mendaki Gunung Twin Peak, Bukit Fraser, Raub pukul 5.24 pagi tadi.
Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya menyamatkan Chok Sai Khow, 40, bersama dua lagi rakannya yang menemani mangsa sepanjang terkandas di gunung tersebut akibat terseliuh.
“Lelaki tersebut mengalami kecederaan kaki terseliuh ketika mendaki gunung itu bersama dua rakannya pada tengah malam tadi.
“Anggota bomba berjaya menemui mangsa pada pukul 5.24 pagi dan diberikan rawatan awal,” katanya melalui kenyataan kepada pemberita di sini hari ini.
Tambah beliau, mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Raub untuk diberikan rawatan lanjut. – K! ONLINE











