Pengedar dadah paya bakau dicekup polis - Utusan Malaysia

Pengedar dadah paya bakau dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Kegiatan licik seorang penganggur yang menjalankan aktiviti pengedaran dadah di hutan paya bakau sejak setahun lalu berakhir selepas dicekup dalam Ops Tapis di Bagan Sungai Besar, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, suspek berusia 30 tahun itu berkas dalam operasi pukul 10 pagi. 

Katanya, semasa serbuan itu suspek berada dalam keadaan mencurigakan dengan membawa sebuah beg di hutan paya bakau berkenaan dipercayai sedang menunggu pembelinya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan menemui dua paket plastik lut sinar pelbagai saiz mengandungi dadah jenis heroin seberat 57.60 gram bernilai RM1,700,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Nor Azmi berkata, pemeriksaan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Morfin. 

“Suspek direman selama tujuh hari bermula kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini