Messi terlepas aksi persahabatan menentang Maghribi - Utusan Malaysia

Messi terlepas aksi persahabatan menentang Maghribi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 23 Mac – Lionel Messi yang baharu membuat kemunculan pertama di peringkat antarabangsa sejak Piala Dunia 2018, bakal terlepas aksi persahabatan menentang Maghribi minggu depan selepas mengalami kecederaan pangkal paha ketika tewas mengejut 1-3 kepada Venezuela hari ini.

Bintang Barcelona itu memulakan aksi selepas lapan bulan ‘merajuk’, yang menyaksikan dia terlepas enam aksi persahabatan sejak pertandingan di Rusia, di mana Argentina tersungkur di peringkat 16 akhir kepada juara dunia, Perancis.

Persatuan Bola Sepak Argentina memaklumkan kcederaan Messi menerusi Twitter selepas mereka tewas dalam saingan yang berlangsung di stadium Atletico Madrid, Wanda Metropolitan.- AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini