The World Between Us bakal cuit emosi penonton - Utusan Malaysia

The World Between Us bakal cuit emosi penonton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon Taiwan, James Wen mengakui teruja menantikan siri original terbaharu lakonannya, The World Between Us menemui penonton pada hari esok.

James ketika ditemui pada sidang akhbar siri berkenaan yang berlangsung di Hong Kong baru-baru ini berkata, siri yang berkisarkan tentang pembunuhan beramai-ramai tersebut bakal memberi impak kepada penonton.

“Siri ini merupakan karya yang sangat berkualiti. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun The World Between Us diangkat daripada perspektif masyarakat Taiwan, namun, sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, James juga tidak menafikan insiden tembakan pengganas yang berlaku di New Zealand pada 15 Mac lalu turut memberikan kesan kepadanya.

“Walaupun hanya berlakon, tetapi, insiden tersebut turut memberi kesan kepada saya kerana jalan ceritanya hampir sama.

“Saya berharap, dengan adanya siri original ini, orang ramai akan lebih peka dan berasa bertanggungjawab terhadap satu sama lain,” katanya lagi.

Menerusi siri 10 episod The World Between Us, James membawakan watak seorang wartawan yang kematian isteri serta anaknya dalam insiden pembunuhan beramai-ramai.

The World Between Us akan ditayangkan dua episod berturut-turut pada Ahad ini, pukul 9 malam di saluran Astro 411 (HBO) dan 431 (HBO HD). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini