Statut Rom, ICERD bercanggah Perlembagaan Persekutuan - Sultan Johor - Utusan Malaysia

Statut Rom, ICERD bercanggah Perlembagaan Persekutuan – Sultan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 23 Mac – Tindakan kerajaan untuk menandatangani Statut Rom dan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Segalq Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, perkara itu kerana menyentuh kuasa Raja-Raja dan keistimewaan orang Melayu serta kemuliaan Agama Islam di negara ini.

“Kerajaan perlu ingat kepada kontrak sosial dalam sejarah pembentukan persekutuan Tanah Melayu dahulu, di mana keistimewaan orang Melayu dan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu tidak boleh disentuh atau dikurangkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh yang demikian, suka saya ingatkan kerajaan supaya tidak terus mengikut apa jua konvensyen antarabangsa hanya untuk mendapatkan pengiktirafan orang luar, tetapi akhirnya memusnahkan kedaulatan negara dan menggugat kesejahteraan hidup rakyat sendiri,” titahnya.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Majlis Istiadat Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor di Dewan Singgahsana Istana Besar, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini