Kanak-kanak OKU maut terjatuh flat - Utusan Malaysia

Kanak-kanak OKU maut terjatuh flat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 23 Mac – Seorang kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat empat rumahnya di Flat Taman Limau Manis, Bukit Tengah, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Mangsa, S. Raajveer, 9, yang merupakan OKU mental sejak lahir dan merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik itu ditemukan terbaring di atas tanah di bawah flat itu kira-kira pukul 9.20 pagi oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, mangsa dipercayai terjatuh selepas memanjat tingkap di bahagian dapur yang tidak mempunyai pagar besi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ibu bapa mangsa dikatakan tidak menyedari mangsa memanjat tingkap berdekatan sinki.

“Ibu saudara mangsa yang berada di dalam rumah ternampak mangsa seperti hendak terjun daripada tingkap, tetapi dia tidak sempat untuk menariknya sebelum terjatuh,” katanya di sini hari ini.

Menurut Nik Ros Azhan, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini