Pilih kedamaian, bukti taraf kita lebih tinggi dari pengganas - Mujahid - Utusan Malaysia

Pilih kedamaian, bukti taraf kita lebih tinggi dari pengganas – Mujahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Prinsip kedamaian yang diangkat pada Perhimpunan Solidariti Kedamaian hari ini, membuktikan taraf rakyat negara ini adalah lebih tinggi daripada seorang pengganas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, rakyat Malaysia senada menolak sifat kebencian dan memilih jalan kedamaian di saat sedang berduka susulan tragedi serangan pengganas di Chrischurch, New Zealand, 15 Mac lepas.

“Kononnya kita marah dan mahu balas dendam, jadi apa bezanya kita dengan si pengganas ini. Kita cuba dipengaruhi (sifat benci) kita seharusnya kata tidak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Taraf kita lebih tinggi dari seorang pengganas. Kita di atas mereka , kita disebalik mereka kerana mesej kita ialah kedamaian untuk semua ,” katanya berucap pada perhimpunan itu, di Dataran Merdeka, pagi ini.

Perhimpunan yang bermula pada jam 7 pagi itu adalah sebagai tanda solidariti Malaysia susulan kejadian tembakan di dua masjid di Chrischurch yang mengorbankan 50 nyawa termasuk remaja Malaysia, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini